Post 23: The day I met a Russian Professor..
(День я встретил российского профессора)
Hati ku memang berhajat untuk bertemu pensyarah bahasa Russia T sebelum menjejak kaki di Moskva lagi. Walaupun aku sendiri tidak pasti samaada boleh berkomunikasi dengan dia atau tidak, aku masih masih mengeraskan hati untuk bersemuka dengannya. Hatiku amat berdebar bila T menyatakan dia telah beritahu lecturer nya yang aku ketemu dengan nya pada keesokkan harinya . Alahai... seram juga pada mulanya.... namun untuk tidak mahu menghampakan T.. aku terpaksa bersetuju juga.
Pada hari yang dijanjikan aku dan keluarga terus pergi ke lobby Dom 39 untuk bertemu dengannya. Malakapla T dan N terus kekelas untuk bertemu menjemput lecturernya.Aku telah membawa satu tupperware berisi kueh raya seperti baulu, dodol dan kek dan lain lain. "Alahai mahu ke pak russia makan kueh melayu....." bisik hati kami sambil menunggu kedatangan dia dengan penuh debaran...... Akhirnya ia muncul bersama T dan N.......
Ku hulurkan tangan untuk berjabat tangan sambil tersenyum apabila T memperkenalkan kami kepada nya.
"доброе утро" ( Good morning ) ; ujarku memulakan perbualan
"Я рад встретить Вас Профессор "(I am glad to meet you Prof)" kataku ringkas dan terus memperkenalkan ahli keluargake
"Добро пожаловать в Москву " ( Welcome to Moscow) ; Ujarnya
Kami terus berbual yang mana adakalanya ku tidak berapa memahami percakapannya yang agak cepat juga. Dia begitu memuji T dan N dengan mengatakan mereka rajin dan selalu datang awal ke kelas.....Sentiasa mengulangi perkataan "хорошо" (baik, excellent) .... mungkin nak mengambil hati kami agaknya.
Sepanjang ku berbual dalam 10 minit itu, ku dapati dia seorang yang baik, peramah dan berfikiran terbuka walaupun tidak tahu atau tidak mahu berbahasa english.... (tak pasti samaada prof ini benar benar tidak boleh berbahasa english).
Dia amat gembira bila kami memberi satu tupperware kueh kepada nya.. Ia kelihatan menghargai pemberian kami itu...
Akhirnya kami terpaksa mengakhiri perbualan kami kerana dia ada kuliah yang perlu dihadiri.. Kami mengucapkan terimakasih kepadanya dan bersalaman diantara satu sama lain....
"Спасибо,Хороший пока," ( Thanks, Good Bye) ; kami terus mengucapkan selamat tinggal terus beredar ke tempat penginapan kami . Manakala T ,N dan Prof terus masuk kelas untuk meneruskankan kuliah mereka.
Setelah selesai kuliah, T memberitahu bagaimana Prof begitu gembira dan bangga dengan pemberian kami dengan menunjukkan kueh kepada seisi kelasnya . Wah ..sungguh tak disangka dia begitu menghargai pemberian kami. Pada keesokkannya, kami juga diberitahu yang anak Prof amat menyukai kueh yang kami berikan itu....ha ha ha.... Tak sangka orang russia juga suka dodol baulu dan kueh Melayu Kuala Lumpur.
He is the only thorn among the roses, my beloved "T" is right infront of him