" My First Time experience in Moscow"

Moscow, Russia is one of the grandest cities in the world with it’s famous architecture, colorful past, and thriving culture. As the location for all political activity in Russia, Moscow serves as a symbol for Russia: one of tradition and modernity, displays of affluence, power, and government, and living history. Moscow is a thrill to visit

" HAPPY NEW YEAR 2012 to everyone especially to all Malaysians and Moscovites"
Welcome again to another TajAriff blog Series. This particular series merely focussing on the activities of my beloved "T" while she is in Moscow or at home for her summer holidays. At this point of time there are only three(3) blogs under this (T) series.

This is specially dedicated to my beloved T

Arrival

>
Part 1A: We are Ready to Go!!!
Disepanjang penerbangan , kami sentiasa berdebar debar diatas reception di lapan terbang Demodovevo di Moscow nanti….. Aku sentiasa berdoa agar semuanya berjalan lancer tanpa ade insiden yang tidak diingini nanti.
PART 3: What a shock on arriving at DME??


Tepat jam 12 40 tengahari , kami selamat mendarat di lapangan DME di Moscow… Cuaca kelihatan dingin pada ketika itu…. Aku, isteri dan adik terus turun dan menuju ke pemeriksaan immigresen dengan penuh debaran. Barisan menunggu tidaklah begitu panjang dan pemeriksaan di bahagikan mengikut kategori…sama seperti di KLIA. Sampai giliranku… kami bertiga muncul kehadapan dan terus ku serahkan passport bersama slip atau borang ketibaan. Kelihatan pegawai agak mesra , apabila ku gunakan bekalan beberapa patah perkataan Russian yang telah ku pelajari...Selepas pemeriksaan dilakukan , passport kami dikembalikan ….uuuuuh lega rasakan segala kebimbangan… Selepas tu kami terus ke tempat untuk mengambil baggage…. Sambil menunggu baggage , aku menalipon T… dia mengatakan dia dan beberapa rakan masih menunggu bas lagi untuk ke airport…. Selesai mengambil semua beg .. kami menuju ka laluan imigresen airport … sekali lagi ku berdoa agar semuanye berjalan lancar tanpa persoalan dari pegawai2 immegresen . Alhamdullilah semuanye OK dan berjalan baik. Sambil menunggu T dan rakan2nye sampai aku dapatkan tempat mereka duduk …Aku mengambil peluang untuk cuba untuk ke tempat menukarkan matawang diperkarangan airport. Wah, benar kata mereka, apabila aku berbahasa english , juruwang buat rupa bangang dia aje.. Ish ..dahsyat nya ..bisik hati ku. AKhirnya aku pergi ketempat tukar wang yang lain dan gunakan beberapa perkataan yang ku tahu dalam russian. Alhamdullillah, aku dapat menukarkan sedikit dari wang USD ke kepada Rubles. Sekembaliku ditempat mereka, ku dapati dia sedang berbual dengan seorang lelaki muda. …. Rupanya ia lah seorang pelajar Malaysia yang selama hari ini aku sering berkomunikasi melalui email .TSA .Seorang pelajar senior dan juga pemimpin pelajar yang sedang belajar di Universiti yang sama dengan T. Sesungguhnya ia seorang lelaki yang baik,tampan dan berhemah tinggi . Ha ha , dia sampai awal dari T …… Kami berbual untuk seketika dan terus ketempat minuman kerana keletihan dan kehausan pada masa itu…. Setelah membuat pesanan kami pun duduk berbual sementara bertanya khabar , keadaan pelajaran di Moscow dan berbagai bagai lagi sambil menunggukan T… Agak lama juga kami menunggu T dan rakan2nya…..Kemudiannya saya mendapat tahu T dan rakan rakan nya mendapat sedikit kesusahan ketika perjalanan ke airport yang menyebabkan kelewatan itu.

PART 4: Unforgetable Episode in DME !!

Secara tiba tiba ku nampak kelibat T dan rakan ya seramai 4 orang lagi tiba di tempat kami berkumpul...... Kelu lidahku. dan terpinga pinga aku dibuatnya . apabila T menerpa kepadaku dan memelukku dengan begitu erat sekali. Rakan rakan nya terus terkedu melihat suasana yang tidak dapat ku jangkakan sama sekali. Aku terus membelai kepala T yang bertudung kemas dengan penuh kasih sayang. Ketika itu akan dapat rasakan aliran kasih sayang antara kami yang begitu syahdu..... Mataku ku berair sedikit tapi aku masih menahan airmata ku dari mengalir. Setelah sekin lama , ia terus menerpa ibunya dan memeluknya begitu juga dan terusnya memeluk adik , ..... Suasana tu agak shaydu dan baru dapat ku rasakan betapa T merindui kehadiran kami setelah hampir dua bulan di Moscow.Setelah berbual seberapa ketika , kami pun terus beredar menuju ke Van yang telah disewakan oleh TSA untuk membawa barangan kami. Ku perhatikan T begitu ceria pada masa itu. Sepanjang perjalanan kami berbual dan bertanya khabar . Agak jauh juga perjalanan dari Aeropot DME ke tempat hostel penginapan T dan rakan rakan nya. Suasana diluar agak dingin dan berkabus kerana ketika telah hampir gelap walaupun waktu ketika itu hanya jam 4 petang . Sepanjang perjalanan ku nampak TSA dan rakan empunya van ( pemandu) begitu mesra berbual dalam bahasa Russia..... Alamak susah nak faham sebab mereka berbual agak laju walaupun beberapa perkataan yang agak mudah dapat ku fahami. Tepat jam 530peatang kami sampai diperkarangan kawasan hostel.. Rakan rakan T membantu membawa be beg kami yang begitu banyak untuk pergi ke blok 35 , bakal tempat penginapan kami.Sampai di lobi , kami menunggu beberapa ketika untuk seorang pelajar senior yang membuat tempahan bilik kami untuk mendapatkan pass masuk dan juga kunci. Wah lega juga hati ku melihatkan kan terdapat kawalan keselamatan yang baik dan ketat di situ... Ketika di lobi , ku lihat keadaan hostelnya agak lama tetapi memadai untuk pelajar . Bagiku perkara sebegini adalah biasa dan sebagai bekas pelajar yang pernah belajar diluar negara satu masa dulu... keadaan ini sudah cukup baik bagiku... Setelah seketika Mr C merupakan pelajar yang menguruskan hal ewal blok 35 datang dan membawa kami ke bilik penginapan kami di Tingkat 3.... Alhamdullillah semua telah selamat. Setelah rakan rakan T menghantar dan membawakan beg2 kami ke bilik dan berbual seketika, mereka pun beredar... Kami terus berkemas dan mandi dan terus tidor kerana penat dalam perjalanan yang mengambil mas selama 15 jam tadi.