POST 19 : Exciting , Chilling and beautiful winter...
Enjoying the snow
Kamu sekeluarga terus menikmati rintisan salji turun dalam suasana penuh kedinginan yang amat sangat *( -10C )... Adik kelihatan gembira bersama kakaknya T bermain salji .. membuat bola salji serta membalingnya diantara sama lain....Ooh ... teringat ketika kami sekeluarga di Boston , New York USA sepuluh tahun yang lalu. Ketika itu T berumur kira kira 6 tahun lebih kurang sebaya dengan umur adik sekarang. Kami keluar dari tempat penginapan jam 12 malam kerana ketika itu salji turun dengan lebat . Betapa riuh dan gembira T ketika itu sama seperti adik sekarang... Pasti "Mat Saleh" geleng kepala melihat gelagat orang Asia yang kemaruk dengan salji he..
Happy moments in Volgina Street
A freezing morning
Mmm . must be really tiring he he
Post 20 :The most touching moments....with tears
Tidak pasti apa yang diperkatakan oleh mereka..antara seorang anak dan ibu disaat hampir perpisahan....namun aku hanya memerhatikan sambil berbual dengan rakan rakannya yang berada dilobby untuk menghantar kami ke van untuk ke DME. Aku juga ketemu beberapa pelajar semasa di lobby tersebut termasuklah seorang pemimpin pelajar yang seangkatan dengan TanSri . Setelah memasukkan barangan kedalam van yang digunakan ketika menjemput kami dari lapangan terbang tempohari, kami pun terus bertolak menuju DME . Salji masih memutih turun dan kedinginan amat dirasa walaupun didalam van. T , N dan TanSri turun menemani kami untuk ke lapangan ke DME.
On the way to DME
Disepanjang perjalanan kami menikmati pemandangan disekeliling yang keputihan di litupi salji... Perjalan yang mengambil masa yang agak panjang tidaklah mengecewakan kerana kami leka menikmati keindahan disekeliling yang penuh kedinginan. Pemandu van , dan TanSri yang duduk dihadapan masih terus berbual rancak dalam bahasa Russian... aku tak pasti buah butir perbualan mereka.... Tiba tiba Tan Sri menyatakan masa masih lama lagi dari masa penerbangan dan rakan pemandunya mencadangkan untuk kami singgah di suatu pusat membelibelah yang baru di tengah perjalanan ke lapangan terbang nanti " The Vegas". Kami menurut sahaja dan seharus menggunakan peluang untuk melawat dalam ruang masa yang ada.Vegas Mall