" My First Time experience in Moscow"

Moscow, Russia is one of the grandest cities in the world with it’s famous architecture, colorful past, and thriving culture. As the location for all political activity in Russia, Moscow serves as a symbol for Russia: one of tradition and modernity, displays of affluence, power, and government, and living history. Moscow is a thrill to visit

" HAPPY NEW YEAR 2012 to everyone especially to all Malaysians and Moscovites"
Welcome again to another TajAriff blog Series. This particular series merely focussing on the activities of my beloved "T" while she is in Moscow or at home for her summer holidays. At this point of time there are only three(3) blogs under this (T) series.

This is specially dedicated to my beloved T

Day 2-3

PART 5: Operation Dom 35 

Day 2 ..Bilek kami di tingkat 3 agak selesa.. dengan 3 katil dan lengkap dengan almari meja dan rak rak barangan. Walaupun terdapat satu bilik lagi yang dihuni oleh ... pelajar Postgraduate Moscovites ( Wau.. anggun baby doll tu, tinggi, lampai ...) namun tempat itu boleh dikatakan selesa. Kami berkongsi tandas dan bilik air dan satu pintu masuk utama.. Keseluruhannya amat memuaskan dengan kadar bayaran Rb 240 se malam (Rm24 ) untuk 3 orang. Pada hari ini memunggah semua barangan dari beg kami dan disusunkan didalam almari . Kebanyakan barang barang adalah untuk T namun kami bercadang cuma akan memberikannya pada hari hari terakhir kami disana. Cuaca pada hari tersebut tidaklah berapa dingin dan tidak ada salji pun.... kami berharap akan ada salji semasa kami berada disitu.... untuk memenuhi hajat adik, anak kecil kami. Pada hari itu kami melawat bilik anak perempuan kami,T dan rakannya N. Memang keadaan di Tingkat 15 lebih cantik kerana baru lepas di ubahsuai dan dicat . T tinggal berdua didalam bilik keluarga.... lebih mahal dan luas ruangnya. Namun isteriku agak gusar dengan keadaan bilik yang kurang teratur..... he he . maklumlah tidak pernah tinggal berasing dengan ibu bapa. Kami bertekad untuk menyusun dan memperbaiki keadaan bilik T sebelum kami kembali ke Malaysia nanti. Pada hari itu kami mula mengatur dan susun kedudukan bilek mereka untuk menentukan ruang lebih luas dan barang barang lebih teratur. Aku memasangkan selak pintu dan mengukur panjang tingkat ( untuk beli batang menyangkut langsir) dan cabinet yang perlu nanti di Ikea. Isteri ku sibuk membersihkan bilih air yang agak kotor dan bersepah. OOh penat sangat pada hari itu mengadun bilik mereka. SS pula membantu untuk memasak didapor bersama T .

Mama in the kitchen floor 15

PART 6: Off we come IKEA....


Something interesting in the trolley ? in Ikea

Pada hari ketiga kami sekeluarga pergi bersama sama beberapa orang seniors untuk shopping di Ikea dan di Mall yang berdekatan.... Wah kami terpaksa menaiki bas dan kemudian bertukar menaiki Van untuk ke Mall tersebut.... Alahai .. dah berapa tahun kami tak menaiki bas atau kenderaan awam di Malaysia.... Teringat pulak ketika kami berada dibebarapa ibukota seperti London, Paris, Brussel, Amsterdam,Aukland, Sydney,Stockholm dan lain lain kami juga bergerak menggunakan kenderaan awam.. he he .... interesting juga kan... berdiri dan berebut2 naik bas. Memang masa perjalanan itu aku memang hanya mengikut dan mengharapkan pelajar senior aja.. maklumlah tak tahu arah mana yang nak dituju. Perjalanan mengambil masa kurang dari 45 minit kami pun sampai ketempat yang dituju....Not bad at all . . Well , this is the hardest part for me.. being the only guy shopping with group of ladies..Well I guess u can imagine ... well sabar ajelah... Hampir 2 atau tiga jam disana.... hasilnya......

Di Ikea kami telah membeli beberapa perabut dan perkakasan bilik yang diperlukan untuk digunakan dibilik T dan rakannya. Kami membeli 3 almari kabinet bersaiz kecil dan bertingkapkan cermin, satu kabinet untuk penyangkut baju serta , kabinet rendah . Disamping itu , sebatang railing untuk memasang langsir serta beberapa peralatan dapor seperti periok, sudu juga dibeli... Walaupun peralatan perabut yang agak "bulky" akan dhantar oleh pihak Ikea namun barangan kecil yang perlu kami bawa sendiri.sudah cukup membebankan kami untuk membawa balik ke tempat penginapan . Kami tiba di hostel kira kira jam 8 malam dalam keadaan amat keletihan... Aduhhh, di Malaysia , kami tidak pernah pun menjejak kaki di Ikea.. tapi di Moskow segalanya mungkin ..ha ha

PART 7: Now the hard work commences !!!
(Теперь твердая работа начинается)

Keesokkannya T dan sahabatnya pergi Kuliah seperti biasa. Mr Ikea datang menghantarkan barangan perabut yang telah dibeli sampai lobby Dom 35 aje...... aduhai..... Terpaksalah aku membawakan segala perabut tesrbut ke tingkat kedua tertinggi di dom tersebut melalui Lift yang begitu sempit tapi masih berfungsi baik. Alhamdullillah tuhan masih memberi kekuatan pada ku dalam usia yang sebegini.

New fridge  & Washing machine from Ashan

Selepas itu aku pun terus memasangkan perabut tersebut secara beransur ansur hingga selesai pada tahap kemampuan diriku secara bersaorangan. Akhirnya kesemuanya siap pada keesokkan harinya........

Pada masa yang sama pihak Mr Mega Mall telah datang menghantar peti ais, peti sejuk , microwave dan beberapa peralatan yang telah dibeli pada hari sebelumnya.... Alhamdullillah , mereka terus menghantar peralatan tersebut hingga kebilik.... Walaubagaimanapun pemasangan mesin basuh tidak dapat dibuat kerana sebab sebab tertentu bersangkutan dengan pihak pengurusan Dom tersebut...
Self appointed carpenter  at  work.. he he

Pada masa yang sama kami memasangkan railing dan langsir untuk bilik mereka.....
Everything was completed after two days of hard and thrilling days..... Yahoo...
. All the furnitures are up and ready to be used....Alhamdullillah... Just with the help of screwdrivers and an electric drill.