PART 8: Eidul ADha's Eve .... Thursday
Selepas T selesai kelas pada hari tersebut, kami telah pergi ke Ikea dan Mega Mall untuk membeli beberapa barang keperluan T seperti kotak kotak simpanan barang, kasut dan lain lain. Kami pergi berdua menaiki bas dan mini van untuk kesana. Setelah sekian lama kami berada di Mega Mall dan Ikea dan memperolehi barangan yang dihajati , kami pun kembali ke hostel menaiki mini van dan bas tanpa banyak masaalah seperti sebelumnya. Ohh. penat juga rasanya..
Pada keesokkannya harinya pula Hari Raya Adha akan menjelang... Seperti kebiasaan kaum hawa akan mula sibuk menyediakan sedikit juadah untuk menyambut ketibaan hari tersebut .Kami juga begitu juga tetapidengan cara yang amat sederhana . Terlintas juga dihati betapa syahdu dan keindahan ketika kami berada di Mekah diketika ini kira kira 18 tahun yang lalu... tapi kini kami di Moscow. Jauh dihatiku , ku berazam akan kesana lagi sebelum berakhir usia ku jika dizinkan oleh Allah. Mereka kelihatan sibuk memasak sedikit juadah untuk menyambut eidul Adha pa desok hari manakala aku pula masih sibuk membantu T mengemaskan dan menyusunatur barangannya dan memasukkan kedalam perabut yang baru siap ku pasang. T dan rakannya membantu selepas mereka balik dari kuliah.....Beginilah di negara asing suasana hari raya amat hambar sekali... tiada cuti... tiada kesibukkan seperti di Malaysia.
PART 9: Eidul Adha - Friday

Kami menyambut Hari Raya Eidul Adha kali ini di Moscow dengan sederhana disirami dengan cuaca penuh kedinginan ( -10C ) .. Rasa syukur kerana semuanya berjalan baik dan harmoni.. Teringat kembali imbasan ketika aku menjadi pelajar di London puluhan tahun yang lalu.... Selalunya pagi pagi begini , kami pelajar pelajar berugama islam terdiri dari Malaysia, Arab dan yang lain negara 2 akan berkumpul dimasjid (bangunan gereja yang dijadikan mesjid setelah dibeli hartawan Arab) selalunya untuk solat Hari Raya... Pelajar Malaysia kebanyakan berbaju melayu ,kemas bersampin.., pelajar arab dengan jubahnya, pelajar dari benua frica dengan pakaian resmi yang berwarna warni ( tak ubah macam baju tidur ...ooops) dan lain2 .. Sungguh indah dan meriah... Kami juga akan membawa juadah istimewa dari negara masing2 untuk dikongsi makan beramai ramai.....Percaya ke tidak.. kami juga masak lemang diLondon..of course tanpa buluh..he he).Ketukan dipintu mengejutkan ku dari lamunan ku.. T dan rakannya lengkap berpakaian baju kurung dan bertudung datang kebilik kami utuk mengucap hari raya dan terus kekuliah.... Menurutnya mereka akan minta keluar awal dari lecturer hari ini untuk pergi ke Malaysian Embassy menghadiri upacara korban dan sambutan Hari Raya..
" SELAMAT MENYAMBUT AIDIL ADHA dari MOSCOW...."
" SELAMAT MENYAMBUT AIDIL ADHA dari MOSCOW...."
PART 10: Eid Adha gatherings in 3rd Floor... )
Bring your own spoons to a gathering ?
Bring your own spoons to a gathering ?
Ladies in the kitchen ..Delicious.... mmmmm
Akhirnya juadah yang alah kadarnya telah sedia untuk dijamukan kepada teman teman T... Sebelum itu mereka diminta untuk membawa Sudu masing masing .... he he he.. betapa naihnya..tak pernah seumur hidup ku dimasa jadi student dulu sehingga sekarang , tetamu perlu bawa sudu sendiri he he he. Tapi itulah dia Moscow... Semua boleh jadi....
Posing after Eid'l Adha feast at 3rd Floor