POST11: Tour of RED SQUARE (Тур по Красной площади)

Metro in Moscow
Pagi itu kami keluarga bersama teman teman senior T seramai 3 orang bertolak untuk ke ibu bandaraya Moscow. Wah.. bestnya ade tourist guide percuma he he... Kami keluar kira kira jam 9 pagi dan mengambil bas untuk terus ke metro line Sokolnicheskaya . Dalam kedinginan pagi , perjalanan dalam bas mengambil masa kurang dari 15 minit . Kami terus ke stesyen metro Prospekt Vernadskovo . Kami membeli tiket harian untuk memudahkan perjalanan seharian kami nanti.... Kami pun terus mengikut arus manusia memasuki stesyen untuk menunggu metro pada ketika itu.. Wah ... memang sibuk dan hingar bigar dengan bunyi keretapi dan lautan manusia . Terlintas difikran ku ketika aku berada di London Metro yang kesibukkan nya jauh lebih ketara berbanding disini. Not bad at all...... Menjadi kebiasaan aku akan lebih selesa berdiri didalam keretapi..Disepanjang perjalanan aku akan sentiasa mengawasi keselamatan kumpulan kami serta memerhati segala gerak laku penumpang penumpang yang berbagai rupa, kerenah dan keadaan... Maha besar Tuhan menjadi umatnya yang berbagai keturunan , budaya dan rupa bentuk paras....Ketika itu keinsafan menyelinap difikiranku ... betapa bertuahnya keluarga ku kerana telah berpeluang menjelajah dikebanyakan bandararaya besar didunia.. Ku terus mengelamun lagi.. mengingatkan masa aku menjadi pelajar di kota London satu masa dulu, Bagaimana kami sering dapat naik metro tanpa perlu membayar tiket... he he ..maklumlah enginering student.. macam macam gadget kami cipta untuk menguji tahap kecanggihan teknologi Mat Saleh ketika berada disana dan selalunya kami berjaya he he he ..
Setelah beberapa ketika ... kami tiba dan turun di stesen Okhotny Ryad. Ketika itu hujan grimis dan cuaca sederhana sejuknya. Didalam kabus dan kesejukkan kami... kelihatan Red Square yang sering diperkatakan sebagai landmark bandarraya Moscow..... memang benar segala nye merah

St Basil Cathedral in Red Square
Dalam hujan yang gerimis itu kami begitu mengambil gambar kenangan2 dengan berlatarbelakangkan bangunan yang indah dan terkenal seperti Kremlin,St Basil Cathedral,GUM,State Historical Museum,Lenin's Mausoleum,Bosco Cafe , Alexandrovsky Sad-" The Tomb of the Unknown " dan lain lain. Selepas beberapa ketika kami terus masuk ke GUM .. sebuah kompleks membeli belah yang besar,unik dan mahal... alahai sekadar menjamu mata dan window shopping aje
Gum Mall, Red Square
POST 12 : Tour of Moscow City (Arbat)
(Тур по Московскому Городу)
Setelah penat berlegar , posing dan menjamu mata dikawasan Red Square ,Lenin Mausoleum , GUM dan sebagainya kami terpaksa menjamu perut yang ternyata cepat keroncong ketika cuaca sejuk. di kawasan tempat makan yang berhampiran. Selepas itu kami menuju ke Arbat .. suatu tempat yang terkenal dengan pusat cenderamata di Moskow. Untuk itu kami perlu mengambil Metro line koltsevaya di stesyen metro Kievskaya untuk ke stesyen Prospekt Mira.Kami membeli beberapa cenderahati sebagai kenangan untuk dibawa balik ke Malaysia.Para promoter kedai agak begitu ramah ..boleh berbahasa english dan berbahasa melayu kelat... nak berniaga lah katakan... Tapi yang paling susah ialah memilih cenderamatakerana kebanyakan nya terdapat tanda palang salib ..... ishh sabar ajelah .
Red Square Sorvenier Shops at Arbat
POST 13: Victory War Memorial Park Poklonnaya Gora
Selepas menjamu selera dengan fish and chips dan meshed potatoe ..(special)..enak bangat.. kami bergegas naik metro untuk ke Pobedy Metro Station .Tujuan kami adalah untuk melawat ke sebuah taman memorial yang terkemuka dibandaraya tersebut Victory Park War Memorial Poklonnaya Gora ..
Ketika disitu, cuaca semakin gelap walaupun hanya jam 330 petang ..percikan salji nipis mula turun sedikit demi sedikit. Pastinya adik amat gembira sekali dengan keadaan itu. Dalam cuaca yang semakin dingin , kami masih terus posing dan mengambil photo dikawasan itu... Nasib baiklah kamera sekarang tidak guna film lagi.. kalau tidak berbakul bakul roll film kene bawa.. he he ..itulah untuknya perkembangan teknologi elektronik masa kini kan.
Suatu tempat yang pastinya aku jangka amat menarik di ketika musim bunga atau panas .Hope I will be here again someday.
POST 14: Solat in Grand Cathedral Mosque (green)
Dalam rintikan salji yang mula turun.. kesejukan mula meresapi tubuh kami walaupun berpakaian tebal . Namun tekad kami masih kuat untuk menerokai bandar Moscow yang kian kelam dan mendung. Kami menaiki metro sekali lagi untuk ke tempat yang asing di ibukota ini iaitu Masjid.."Grand Cathedral Mosque " iaitu salah satu dari empat masjid untuk menampungi lebih 2 juta penduduk Islam di bandaraya ini. Pastinya kami berharap dapat solat asar dan maghrib berkemaah dimasjid ini nanti...itu azam kami.

Green Mosque Moscow
People of various races and colours in the mosque
Kami terpaksa melalui celahan celahan bangunan bangunan mega untuk kesitu...Aku terkedu apabila tiba dikawasan itu... Walaupun dihimpit bangunan yang lain ,namun ia cukup gah dan begitu ramai hamba Allah berkumpul di kawasan itu untuk menunggu waktu Maghrib... Maha suci Allah. Islam pasti berada dimana mana saya di bumiNya walaupun dinegara yang dipelopori oleh Orthodox Christin. Aku berpecah dari kumpulan kerana muslimah perlu memasuki bahagian yang ditentukan untuk muslimah manakala aku kebahagian masjid utama yang dipenuhi oleh kaum muslimin. Satelah mengambil wudhu dan solatul masjid..dan menunggu waktu maghrib , aku duduk sambil memerhati ratusan mumat islam di ruangan masjid.. Berbagai wajah, bangsa,warna kulit berada disitu...Rasa keinsafan menular dihatiku dan syukur melihatkan kuatnya kesatuan islam walaupun dimana mereka berada.... Ada yang berzikir, membaca Quran dan ada juga yang berbual secara berkumpulan...berbagai bahasa ku kedengaran .... termasuk Arab yang mana aku dapat memahaminya serba sedikit.For our As'r and Maghrib ...Allah is Great
Setelah mengerjakan solat berjemaah Maghrib kami pun beredar dari kawasan masjid tersebut.... Aku memasang niat didalam hati ku yang aku akan datang kemasjid ini sekali lagi disuatu masjid ini jika berada di bandaraya ini dengan keizinan Allah.. Aku juga ingin melawat masjid baru terbesar yang dalam pembinaan yang di biayai sepenuhnya oleh kerajaan Saudi. Menurut dari beberapa sumber berita , pembinaan ini memdapat bantahan kuat dari kaum ethnik dan Orthodox Christian tetapi dapat sokongan dari orang kuat di Kremlin. Semoga pembinaan ini jadi kenyataan ..InsyaAllah
New Mosque Kul Shariff in Moscow ( under Construction?)
POST 15 : Horey ...The snow is start falling
(Снег - падение начала)
Setelah penat meneroka bandaraya seharian , kami terus beredar ke stesyen metro untuk kembali ke hostel. Tujuan kami sekarang adalah untuk ke Metro Konkova . Pastinya perjalanan sepanjang hari itu amat meletihkan kami. Kesemua ahli kumpulan ku telah tertidur disepanjang perjalanan itu...Namun aku terus berjaga untuk mengawasi keadaan disepanjang perjalanan disamping menyemak laluan melalui buku carta metro yang ku bawa bersama. Tujuan ku adalah untuk mengetahui seluruh stesyen yang dilalui hingga ke metro konkova. Setelah hampir 20 minit , kami pun sampai di Metro Konkova dan terus menunggu bas untuk ke Ulitsa Volgina. Agak lama juga kami menunggu bas didalam kesejukan rintisan salji yang telah mula turun lebat... Perjalanan menaiki bas mengambil masa kurang 15 minit sahaja . Setelah sampai kami terus berhenti kekedai makanan islam berhampiran dengan hostel penginapan kami.Kami menjamu selera dan perut yang kelaparan dengan makanan nasi dan juga pasta ... Semuanya enak bangat ketika cuaca kesejukan begini....
Sebelum beradu, aku terus mengemaskan segala beg pakaian serta barangan yang akan dibawa balik keMalaysia. Pastinya beg kami begitu ringan sekali kerana kebanyakkan barang yang kami bawa tempohari adalah barangan untuk T. Diluar gerimis salji berterusan dan aku terus berdoa agar salji akan turun lebat keesokkan harinya sebelum kami kembali ke Malaysia untuk memenuhi hajat dan impian adik ....
4:30 am..